Married Life (Versi Nikah and Wedding during PKP - Part 1)

Peace Be Upon To You, Peeeeeeeps!

Lets welcome me to this new journey. From a bachelor to being a wife. Alhamdulillah.




Just nak buat sharing, open sharing pasal my journey nak selesaikan majlis kahwin masa pkp

Pada awalnya bukan aku yang plan nak kahwin masa masa pandemik ni. Tapi Izzat cakap, kalau tak kahwin sekarang nanti jadi lagi lama proses. Dia pun umur nak masuk 30, risau lambat kahwin, lambat dapat zuriat. Mungkin dia pernah ada doa dalam solat, nak kahwin by 30. Allah makbulkan. That his kind of prayer. 

For me, follow je. Anything, dia kena handle lah. Sebab dia suami.

Bila tanya abah, abah asalnya pun setuju nikah je, kalau tak dapat buat kenduri pun takpe. Dah ada anak nanti pun boleh kenduri. Tapi aku punya plan pun nikah je, tapi kat rumah, sekali gus majlis kecik je. 

Kakak aku tak setuju buat kat rumah, segan katanya. Aku pun tak faham sangat apa segannya. Yang pasti, gotong royong kat rumah tu renyah. Family prefer hotel,dewan or kedai makan. Which is, easier to handle, and tak banyak kerja for the fam. Settle bab makan untuk guest tu dah pasti.

As a pengantin pun, abah tak kasi aku buat kerja sangat. So Kak Izat (Kakak ipar volunteer to help assist aku bercakap dengan person in charge), sis tolong drivekan je. 

Alhamdulillah sebab borang borang nikah dah settle awal. Bulan 6/2020 dah settlekan.
Untuk register bakal pengantin selangor boleh terus ke link ni - https://ncr.jais.gov.my/


Initial suggested date untuk nikah is 26 Disember 2020 (Sabtu) changed to 27 Disember 2020 (Ahad) - Sebab nak linkkan family Izzat punya issue (not to mention here why)

Betapa huru haranya waktu ni. Semua kena selesaikan by weekdays only. Semua plan termasuk lah tarikh nikah. Sebab masa apply bulan 9 hari tu boleh tarikh 27 Disember 2020 ... seminggu sebelum 27th Ustaz Kadi tu update balik kena confirmkan dengan JAIS, sebab JAIS dah ada SOP baru, Pegawai JAIS tu cakap paling awal boleh is bulan dua (February 2021)


Disebabkan hotel dah book. Deposit dah bayar... aku panik la. Then Kak Izat tolong tanyakan Peg. JAIS:

Kak Izat: "Kami dah buat semua benda tinggal tukar tarikh nikah je, boleh tak kita tukar dalam masa terdekat ni je?". 

Akak Jais: "Hari ni 22hb Disember. Paling boleh pun 24hb Disember 2020"

Terus ok kan sebabkan fikir banyak benda dah settle, call Izzat suruh mai 23hb Malam straight from Ipoh. -- Umi Izzat (now mak mertua) sedih tak boleh tengok anak dia nikah. Aku takleh buat apa time ni, SOP sekarang memang dah macam tu.


on 24th Disember: 
Kak Izat tolong bookkan inai, dan photographer.
Inai putih (memang hasrat aku nak nikah pakai inai putih) - cost alhamdulillah affordable. - From Klang
Photographer pun sangat affordable. Alhamdulillah. - From Klang
Make up hire kawan Masithah - Bella. - From Selayang

Dipendekkan cerita, Nikah on 24th Disember 2020. Tuhan tulis segala galanya dipermudahkan.



... To be continued

Comments

Popular Posts