Langkah lepas habis kolej Uni (Nak gak) Part 1

...  Hai, Silalah tengok blog yang berwajah baru ni. Sponsored dari createblog[dot]com. a.k.a aku curi seni orang, bukan sebab budak IT aku tau buat benda ni. No, ni aku curi seni orang sebab aku bukan pandai coding. (Disclaimer)

Erk.


Okey, Disebabkan banyak kawan kawan pun dah nak habis sekolah tertier. rasa nak baca, baca la. mana tahu boleh jadikan sempadan. hahaha

Dah habis subjek, dah habis semua kerja then aku jadi clueless nak buat apa. padahal ada komitmen ni. tak yah tanya komitmen apa, beli topup henpon pun komitmen okay. boleh fikir sendiri.

Start dari internship,
masa internship tu kau dah kena aim tempat yang level kualiti best, kalau boleh tempat yang projek agak gempak and kau kononnya in charge dalam projek tu. Tapi di sebabkan kita ni kanak kanak baru keluar sekolah. Tempat nama gempak pun dah okey. Tujuan dia, untuk letak dalam resume and kalau boleh untuk kau terus kene serap dlm tu. High level company, high income. tapi bukan nak cerita pasal income. nak cerita pasal input kau dapat untuk kegunaan informasi company company lain (kalau kau tak kena serap, benda ni berguna)

****
Dah nak habis intern, try usha boss. Agak agak boleh join tak. Bos cina mesti kata okey okey. Tapi, kau kena pandai perhati, kalau dia okey okey, then senyap seminggu lepas habis intern. Buat la kesimpulan, kau tak de harapan. bukan cina je la melayu ke india ke sama je. perangai bos bos ni memang ramai jenis makan semut agaknya. eh kutuk pulak. haha

******

Katakan lah tak dapat kerja kat syarikat gempak tu. Korang jangan buang masa duduk rumah tekan jobstreet je.Try cari gems. Nama panjang tak tau. nama pendek dia Gems, Training untuk job placement. Erti kata keduanya, another industrial training yang bukan dari kolej, tapi end up dapat kerja. benda ni atas inisiatif kita,bersepah program macam ni sebab nak kurangkan kadar pengangguran. masa penting. cari training yang ada elaun kalau boleh. Fikirkan cara paling minima camane nak kurangkan beban mak ayah kita nak tanggung kita.
Aku tak tahu dulu pasal benda ni. so cam lambat sampai gak la haa sekarang aku dah bagitau.

****

Kononnya dah dapat masuk training, teruskan cari kerja dekat jobsdb, monster, jobstreeet, spa, dsb. ada rezeki dapat call, angkat. Haa cara jawab telepon pun kena bagitau jugak ni.

****


Sampai tahap ni, aku pun dah tak tahu nak cakap camane, sebab tak rasa lagi. Tapi takpe nnt nak share tips interview. Takde yang nak baca sudah. sapa nak baca, baca.

Comments

Popular Posts