Raja dalam hati.

orang yang lagi lama hidup dari aku, tahu habit baik buruk aku, baik hati. Penyayang tapi tak tunjuk. Suka jadi hero dalam cerita aku. Dan antara orang yang aku sayang sangat sangat.

Abah.

Bila kenangkan abah. aku kenangkan usia abah, raut wajah abah, budi abah, PR abah dengan orang. Abah ajar anak anak dia berkawan dengan orang melalui cara dia berkawan.

semalam aku cakap "Abah, family kita ni campur semua orang kan?" Abah : "Yeke?"

Abah ajar anak dia baca Al-Qur'an bila anak dia request. Abah bukan jenis paksa. Tapi pendorong. Abah tak abaikan, tapi percaya setiap anak dia.

Setiap kelompongan yang dah berlaku dalam diri aku, abah tampal dengan nasihat dan tunjuk ajar. Waktu tu, aku akan cakap "Kita ada abah yang the best dalam dunia ni"
Sebab support dengan kasih sayang yang abah bagi, cukup seadanya buat aku rasa aku ada ayah yang terbaik.

2014, abah genap 70 tahun. Aku 22 tahun.

masa terlalu cepat tersingkap. dosa lama dan dosa baru, moga terhakis. semoga Allah sentiasa ampunkan dosa-dosa abah. Semoga kehidupan yang akan datang, sentiasa datang bersama pelajaran yang paling mahal yang Tuhan kerap berikan untuk abah teruskan hidup.

Untuk hero hati, Abah. Kita sayang abah. hingga bulan dan belakang. T_T

Abah tolong doakan kita jadi anak yang solehah, mati dalam husnul khotimah. InsyaAllah


P/s : heart to heart talk antara aku dengan abah, mostly dalam kereta.

No comments: