Kempen blog. Lulz

Tadi login blogger, tiba tiba keluar "You have filled incorrect password". Ingatkan aku dah lupa password, yelah dah lama tak buka.

Tapi sebenarnya, aku dah tertekan capslock.

---

Aku, personally bangga kalau tengok orang muda yang come clean, ada suara dan menyuarakan. Since aku pun tak pernah buat, bangga je dah cukup memadai bagi aku.

Bangga lepas tu blogging, walaupun takde orang baca. Ini dah kira satu inisiatif, aku pun nak bersuara. Luls. Ok paling kurang pun, mentor aku tau aku ada blog. Tak tau mana dia dapat.

Rasa rugi pulak delete entri entri lama, kurang nilai memori. Dan tulisan-tulisan yang hilang buat aku lupa asal usul aku. Gadis yang start berceloteh dari 2009. dan sekarang 2013, pengisian blog dah takde. Rasa tak rugi? Aku rasa.

Kewujudan twitter dan instagram (facebook tak open sangat sekarang) lagi membuatkan nilai memori aku kurang, sebab terlalu banyak akaun sosial yang kena handle. Kat situ berlaku kecelaruan maklumat, dan pembaziran data.

Jadi, marilah berblog kembali. Macam yang dah berlaku satu masa dulu. 2011.

Aku tahu, post tak berapa panjang ni lebih sesuai post dekat facebook. Tapi since facebook too formal to organise, aku seru. marilah berblog kembali.

#bloggercomeback
#ekeleh


Comments

Popular Posts