Congak nombor untuk jumpa Tuhan

10
20
30
40
50


---

Ok sila perhatikan semua nombor ni, tukar nombor nombor tersebut dengan nilai duit.

masa kecil, kita rasa rm10 dah kira paling besar yang kita boleh guna. sebab kita cuma ada small commitment to commit, kehidupan kita waktu tu persekitarannya pun limited sangat sangat. kawasan bermain, jumlah makanan, cara berkawan, duit di gunakan. sampai kita rasa kita nak cepat cepat besar dan i can have big money in me! kononnya for spend the world.at least rm50 pun jadi la. nampak besar sangat dah tu.

tapi, bila dah besar. dunia ni commitment kita. semua harga dalam hidup. kita yang kena tanggung. jadi kita rasa rm50 pun boleh habis dalam masa setengah hari.

kalau kita student, bayar buku fotostat, duit minyak kereta ayah, makan tengahari. ok dah habis duit tu dekat situ je

sekarang, tukar semua nombor tadi kepada nilai masa

masa umur kita 10 tahun, kita tak terfikir yang kita cuma ada 40 tahun je lagi untuk sampai ke 50 tahun, which is kita rasa "wah 40 tahun, lama lagi."

tapi, bila kita dah meningkat ke umur 20 tahun. ye, kita cuma ada 30 tahun je lagi untuk meningkat ke umur 50 tahun. apa yang saya nak cakap, kita rasa tak 20 tahun kita ni macam sekejap. macam : pejam celik pejam celik, aku dah 20 tahun.

next 30 years, kita akan ada timbulan wrinkles dekat tepi mata, pipi mengendur. dan waktu tu pejam celik pejam celik. kita dah tua. means umur disingkatkan, mati makin hampir. benda ni akan happen dalam masa yang kejap macam skrg

Tapi...

kita takkan sedar semua tu, sebab kita terlalu busy dengan hidup, selesaikan hal anak anak (anak buah), membangunkan perniagaan, dah ada duit, kita nak mengembara. dan waktu fokus kita dengan Allah makin lama makin berkurangan. unless kalau kita jenis jaga malam hari hari. still, bagi orang yang melaksanakan peraturan tuhan, dia mesti ready nak mati. bagi kita yang cincai cincai ni... kita bergantung dengan Allah, dan usaha kita.

tolong jadikan satu contoh mercu tanda kenapa kita kena sentiasa bersedia, sebab kita manusia yang pelupa. Allah dah sediakan semua tu, kita nampak dengan tak je.

kita ni ibarat hamba yang kena buat assignment, deadline dia masa mati nanti.

semua pemikiran ni hasil pencongakan nombor. dan hasil sembang petang antara aku dengan mak. sebak

P/s : masa mak cakap, mak dah 60, 10 tahun lagi mak akan naik 70, lepas tu 80, lepas tu 90, lepas tu 100. aku jadi sebak. tak boleh lupa sampai skrg.


Comments

Popular Posts