jalan.

1. pilihan yang kita pilih. itu nasib. takdir barangkali
sembang pasal pilihan. 

2. kita disediakan dengan dua titik kiri kanan untuk kita tentukan.
mana yang akan kita lalu. itu yang kita pijak
selalu kita biarkan jalan yang kita pilih salah. kita ragu ragu
dan disebaliknya kita rasa itu yang terbaik untuk kita. 

3. walaupun tengah jalan nanti ada duri ada sekam
masih kita memilih untuk teruskan atau berdiri. atau duduk.
takpun, kita akan patah balik.

4. jadi yang kiri tak tentu salah.
kanan tak tentu betul.
bak kata orang hikmah tuhan nak tunjuk tu berlipat lipat, berselirat selirat

5. dan aku suka nak ingatkan diri sendiri.
jangan ingat satu je jalan yang depan mata. 
sedangkan kau tak paling pun kiri kanan. mana nak tahu, ada rezeki dekat sebalik tu.

aku ulang satu je point aku, banyak kali. dengan ayat yang berbeza. sumpah tak perasan. tengah nak pupuk rasa tenang kot.


No comments: