Gunung Ledang 7.0 with Backpackers Mountain Malaysia (Day 1 - Takde gambar)

Peace Be Upon To You, Peeeeeeeps!

So last weekend aku ke Gunung Ledang! nampaknya bucketlist aku dah boleh adjust sikit-sikit. Asalkan ada hihi.

Bayaran yang diletakkan untuk setiap participant adalah RM120 untuk 2 hari 1 malam (Include package, permit and food, khemah,)

Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 3 jam dari KL - Tangkak, Johor menjadi 7 jam, sebab kitorang tumpang 1 of organizer staff. Sebab hari tu jumaat and masing masing baru habis kerja, Sebab semua orang dah penat. Sebab tunggu organizer punya member. banyaknya sebab.

So Luke Skywalker atau nama dia Luqman, dia tumpangkan kitorang ke Johor dan stop kat Senawang plaza selama 3 jam kot. Sementara tu kami rehat and tidur. TAPI, aku tak boleh tidur. Sebab dalam tu ada lelaki yang tengah tidur. Ish, memang tak selesa. So aku jaga tidur jaga tidur jaga sampai kete start bergerak. Barulah aku boleh tidur 3-5 pagi. Senawang - Alor Gajah, Melaka. (Harga Pakej Ledang tak include sekali dengan minyak dan tol)

Day 1 :

Kitorang berkumpul dekat Entrance Gunung Ledang, Sagil pada pukul 10. Sambil tunggu semua participant so all of em are total up to 50-60 person. Memang ramai plus 5 orang anak kecil. Kecik tapi power okeh.

Kami dapat 2 pack foods, untuk lunch and dinner dari group guider Ledang. then kitorang bergerak naik. Ledang dari side Sagil lagi mudah dari Asahan, dengar cerita camtu lah. Pre-caution, siapa nak naik G. Ledang. jangan jalan sorang sorang. Tempat dia mmg cantik. Tapi. berpenghuni. Been there, done that. Plus mulut saya ini pun sometimes takde lesen. Hehehe

Baru nak naik Ledang tu kami tak down sangat sebab track ok. Tak licin. Belum hujan lagi. First track, ada tangga kecil2 sampai checkpoint 1 (Bukit Semput), Kemudian kita akan naik start hiking sikit, ada tali on right side. Track still ok. tak mencanak. sampai check point 2, Kitorang skip checkpoint 3 dan terus ke Camp site Kolam Gajah which is check point 4 track sama, ada landai ada mencanak.... The camp site is a nice place btw. Ada sungai, dalam sungai ada banyaaaak ikan saiz jari tengah korang. Itu saiz dia paling besar.

Setelah sampai ke Campsite pada pukul 3, basuh tangan grab lunch, then baru hujan. Nasib baik sampai awal sikit. Lepas lunch kitorang bukak khemah. Mandi sungai sampai pukul 4.30, kuis kuis air di kaki. Best weh sejuuuuuk. Lega sangat. Happy betul.

Team BMM dan guider bawak kitorang pergi Air Terjun Gunung Ledang. Perjalanan dari campsite to waterfalls mengambil masa dalam 20 minit lebih kurang. and track dia menurun macam style gunung dato'. Which is penat. tapi waterfalls punya pasal, we alls turun jugak. Lautan api sanggup kurenangi. Api yang dah padam la yang penting. hehehe.

Sebelum reach waterfalls, kitorang kena panjat BATU! with BAREFOOT. aku dah la gayat. tinggi batu batu tu lebih kurang 200m masa ni saya rasa, saya la wanita yang paling tak sopan dalam dunia. Haha. Papepun waterfall tu syokkkkk gile. Saya jadi happy tanpa sebab jumpa air terjun tu. Hahahaha. release la tension hiking 1 hari. Best of the best la. Pukul 630 balik ke camp site, makan dan tidur.

Dorang ada buat bbq. Tapi kitorang tak makan. sebab kenyang. Hehe


Day 2 bersambung....





No comments: