Sabr wa solah

"dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang orang yang khusu'" (2:45)

 apa itu sabar?
sabar itu menahan diri. Tahan diri dari segala segi/bentuk ujian yang datang,
Menahan diri itu adalah berpuasa.
Jadi, berpuasalah bagi orang yang bersabar.
Sifat orang yang sabar adalah orang yang yakin dengan usaha, dan redha dengan taqdir.
Definisi yang indah dan sekarang masa untuk apply.

Solat adalah doa,
Doa adalah penyerahan bukan tuntutan.
Kita telah berusaha tetapi gagal.
Kita telah meminta pertolongan makhluk tetapi itu juga gagal.
Apa lagi pilihan yang masih ada kecuali menyerahkan segala urusan kepada Tuhan yang di Tangan-Nya terletak segala perkara.
Serahkan kepada Allah s.w.t dan tanyalah kepada diri sendiri mengapa Tuhan menahan kita dari memperolehi apa yang kita hajatkan?
Apakah tidak mungkin apa yang kita inginkan itu boleh mendatangkan mudarat kepada diri kita sendiri, hingga lantaran itu Allah s.w.t Yang Maha Penyayang menahannya daripada sampai kepada kita? Bukankah Dia Tuhan Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui.

semoga diri ni faham konsep, dan terus belajar.

P/s : "Doa org yg berpuasa dimakbulkan ALLAH." -Pakcik Qomar





No comments: