Gua sentap you alls. Hahaha

aku nak mintak opinion, hang tau dak camane nak refleks dengan ayat orang yang kita tersakit hati secara kool dan cuba untuk tak sakitkan hati orang tu balik?


*baca dengan gaya orang nak bercerita, ibarat meluahkan perasaan*

aku cuba banyak kali. still orang nampak dan mengiyakan lagi, "hang sepertinya berasa dengan aku/kau tengah sentap" yela, femes perkataan sentap sekarang ni. aku guna la. sentap.

no, kat sini aku cuma nak jelaskan situasi. apa aku fikir orang lain tengah buat, dan apa yang aku akan buat lepas tu.

KES : biasanya, seminit lepas orang tu sentap dia mesti tersedarkan diri yang  macam "ok
aku sedang sentap ni"
tapi dia senyap, dan senyum.
air muka dah confirm lah berubah. tapi orang sentap ni ada ego, dia akan cuba tunjuk "aku manada sentap, aku ok"

mungkin kalau orang lain dia dah backflip meja ke, buat origami ke. nak lepaskan tekanan sentapan ittew. 
eh ntah ntah hang pun camtu. takyah tipu aku, hang yang baca ni pun kan? hang pun pernah sentap kan? kahkah ok gurau.

sejak dua menjak ini(mungkin dari dulu), perkara-perkara sebegini berlaku kat aku. kakak aku pun selalu tengok aku sentap. member aku pun selalu tengok aku sentap. dan aku pun tau aku tergolong dalam golongan yang  selalu taknak minta maaf (kalau aku kerap mintak maaf pun, aku memang takde niat nak mintak maap dari hati unless nak lepaskan diri)  sentap. ku akui~

aku banyak kali terperangkap dalam situasi tu, dan cuba untuk release dengan  cuba menafikan yang aku sebenarnya sedang sentap. keadaan ini kadang kadang masih ada orang yang tetap mengiyakan penyentapan aku tu, dan seperti nak orang sekeliling tengok apa aku akan respond lepas kena tegur,

.....suddenly, aku siapkan kerja (kalau tgh buat kerja) dan masuk bilik. ai dah sentap lettew

dan, waktu tu. aku tau orang pandang aku cepat emosi, dan  aku tak patut bersikap emosi diatas perkara kecil itu. paling tak best kalau orang fikir aku ni jenis memencilkan diri. (ini lah apa yang aku assume orang assume aku bila aku dah mula masuk bilik)

kalau nak tau, aku memang taknak orang nampak aku bengang. kalau orang tau, aku yang kecewa. sebab tu aku diam. sampai aku sendiri ok.
......

side aku, (bukan nak memenangkan diri) dan aku jugak bukan jenis marah lepas, lega. malas nak layan hard-feeling diri sendiri.

bila aku dah start masuk bilik. itu maknanya. aku akan perlukan satu masa untuk fikir tadi apa aku dah buat. depends berapa lama (dengar lagu, or apa apa activity). tidur dan esok lega. dan aku bukan directly akan mintak maaf. aku akan buat esok itu adalah hari baru, yang semalam bukanlah kes besar, dan aku yang tak patut butthurt. kes closed. 

maybe, next day aku akan cerita jugak, tapi takkan butthurt asalkan takde siapa yang akan, "kau memang macam tu" kan aku. kalau ye kes ini repeat, dan aku selow selow simpan dalam hati. mungkin.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
benda ni sebenarnya simple je, 
aku akan layan orang tu, macammana dia layan aku. kalau kau gurau sarkastik, aku sarkastik la balik. jangan la terasa. kalau hang terasa, hang yang buat aku dulu. aku balas je. kalau aku terasa, hang la punca. kahkahkahkah. ok aku bukan sengaja, benda ni automatik jadi. nak cover malu orang kesan sentap aku punya pasal en en. ape ingat best ke sakit hati? aku pun tak suka tengok aku stress, banyak lagi benda lain aku boleh fikir, takpasal pasal kena fikir "kaedah merapatkan kembali hubungan" *google sambil bukak lagu opick obat hati.  

boleh jadi, orang bergurau aku, nak tegur aku, datang dengan niat elok. dan aku pun tengah happy, tetiba aku kena fikir yang aku ni sebenarnya bermasalah. pertukaran emosi yang kejap.

aku suka sangat member caring pasal member ni, hargai woi. tapi biarlah kena waktu, ni macam all the time aku je kena tarbiyah, bila aku pulak nak tarbiyah hang. aku tak kisah sebenarnya, mana boleh demand orang treat kita lelebih. naik lemak la aku kan. nature sentap ni pulak dah wujud dalam diri aku sejak bilantah. jangan risau. aku dalam process ubat hati. teguran hang aku hargai. dan cuba perbaiki sikap aku yang tak di undang oleh pelbagai pihak.

atau dengan cara lain, considerlah dulu apa kita nak cakap dengan orang. jika tak puas hati, bukan kau je yang ada hati untuk dipuaskan, aku juga. kehkehkeh.
tapi tulah, aku boleh cakap macam ni jela. tak pandai susun ayat depan depan. 
aku sebenarnya dah nekad, sem ni taknak drama. haha, aku tak suka drama. pening.

all in all, hujung jari tangan sampai hujung jari kaki aku nak mintak maaf atas salah laku kat semua yang terlibat dengan apa yang aku dah buat kat hangpa. semoga Allah jaga korang (dan aku) dunia akhirat sebab bagi another lesson kat aku kali ni.

*insert gambar kita ramai ramai.jpg*

aku sayang hangpa. bajet kedah pasai selalu dok dengan shapa
awat la aku dok main italic, strike segala ni. jadahnya.

No comments: